Posted by: izmal on: Februari 19, 2008
Konsert Gema Alam 08 memeriahkan iCEPS 08
By: Normala Salleh

Nilai-Lebih 1,200 keping tiket dijual untuk Konsert Gema Alam 08 yang dianjurkan oleh Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) 2008. Hafiz Hamidun, Nowseeheart dan Instinct ditampilkan khas pada malam konsert itu yang bermula pada pukul 8.30 malam di Stadium Tertutup Nilai.
Konsert ini mendapat sambutan yang hangat terutamanya pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Konsert ini juga dihadiri oleh pelajar luar USIM. Salah seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) memberitahu dia amat berbangga kerana dapat hadir ke sini untuk menyaksikan konsert ini.
“Saya datang dengan menaiki kereta, saya mengetahui konsert ini melalui poster yang ditampal di bangunan kami,” kata Fatin, 22, Pelajar Jurusan Sumber Kemanusiaan, UIA.
Salah seorang pelajar Rasidah Misni, 23, pelajar FKP amat seronok apabila dapat menghadirkan diri ke konsert berkenaan. “Saya baru pertama kali ke Konsert Gema Alam 08 bagi menyaksikan persembahan yang diadakan. Saya rasa seronok sangat apabila berjumpa dengan artis nasyid kita,” katanya.
Selain itu, Muhammad Hafiz Hamidun, 24, berasa bangga kerana dipanggil untuk memeriahkan iCEPS ini. Beliau yang pertama kali memdapat undangan dari USIM ini berharap agar ramai penonton dan akan datang untuk membuat persembahan sekiranya diundang lagi.
“Saya berharap agar penonton ramai untuk konsert ini,” katanya.
Usim Today menanyakan pula pendapatnya mengenai iCEPS, beliau memberitahu ini amat bagus untuk menjadi usahawan yang mempunyai nilai-nilai keislaman dalam dirinya.
“Ini adalah bagus untuk pelajar membuat perniagaan. Perniagaan ini sebenarnya adalah untuk orang Islam. Sememangnya pelajar harus melibatkan diri,” katanya lagi.
Hafiz mempersembahkan lagu yang bertajuk For Allah pada malam itu.
Selain itu, Instinct dan Intraksi adalah satu kumpulan yang dikeluarkan oleh USIM. Tapi bezanya Instinct sudah mempunyai album sendiri berbanding Intraksi. Mereka berasa amat sukacita dapat memeriahkan iCEPS 08.
Nowseeheart yang mempersembahkan dengan cara yang berbeza pada malam itu iaitu dengan menaiki motor berkuasa tinggi memulakan persembahan mereka secara santai.
Seorang pelajar, Muhammad Nawawi Ejal, 23 tahun, mengatakan bahawa konsert pada malam itu akan berjalan dengan lancar dan selamat.
“Saya berharap agar konsert ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Selain itu, saya mengharapkan perjalanan iCEPS ini akan berjayalah,” katanya.
iCEPS ini diadakan adalah sebagai salah satu projek terakhir kepada pelajar FEM Tahun Empat. Pengarahnya, Muhammad Nur Aqmal Muhammad Suhairi memberitahu bahawa projek ini hanyalah 10% sahaja.
“Walaupun begitu, ada juga peratus yang lain untuk pengurusan serta yang lain-lain lagi,”katanya.
Beliau berkata lagi pelbagai cara untuk menarik pengunjung untuk datang ke sini. Setakat ini pengunjung yang datang amat memuaskan hati beliau.
iCEPS ini dijalankan selama empat hari iaitu dari 14 Januari 2008 sehingga 17 Januari 2008. Selain itu juga gerai-gerai yang ada adalah sebanyak 104 buah masing-masing menjual makanan, pakaian, aksesori untuk wanita dan lelaki dan sebagainya.
Mac 11, 2008 pada 6:54 am
ASSALAMUALAIKUM…
Eeee…kita suka sangat lagu selawat 10 dari kumpulan nasyid ni tau nak2 lagu traack ke 29 hehehe…..