Posted by: izmal on: Mei 26, 2008
Semalam dengan secara tidak rasminya aku telah menjadi wartawan sukan sekejap….aduhai, payahnya sangat-sangat, tapi aku dapat tempuhi dengan baik.
aku nak bagitau perkara yang menimpa aku semalam (250508),
1)Jangan lewat-lokasi dah tau, abg ipar aku hantarkan tapi jalan ditutup kerana larian maraton itu sudah bermula. Apa lagi P minum dululah.padan muka aku termiss.
2)Jangan pulang awal-selagi benda tu lum selesai, jangan sekali-kali balik, nanti tak dapat story tau. Dahlah pergi sorang….isk..isk..isk..!!!kan dah kena marah ngan ANE( Asistant News Editor), orang utusan muka garang tapi hati paling baik….(“,).
3)Format sukan-untuk berita sukan utusan secara automayiknye ada sebahagian tempat yang berbeza dengan berita antaranya:
a)Dateline-kalau berita macam nie (KUALA LUMPUR 26 Mei) tapi kalau dah masuk berita sukan jadi macam nie (KUALA LUMPUR). semalam kena tegur ngan ketua meja sukan baru aku perasan….
b)Angka-jangan tulis angka begini 4567 tapi tulis kini 4,567.
c)Lapor-kalau berita biasa takde macam nie Lapor NORMALA SALLEH, tapi kat berita sukan ada.
d)Hari ini dan semalam-kalau berita biasa kalau dia berlaku hari ini tulis hari ini, tapi kalau berita sukan tulis macam nie semalam.
e)caption-jangan sampai tersalah bagi ayat.
f) Singkatan-jangan tulis pada berita untuk kali pertama terus tulis TUDM, tapi mesti penuh Tentera Udara Diraja Malaysia. tapi seterusnya dah boleh tulis ringkas.
aku kena ingat sampai mati(slogan cik Adzrah) sekiranya aku ingin meneruskan kerjaya di sini.
Wasalam.
Komen terbaru