suara hati

salah satu berita aku

Posted by: izmal on: Mei 26, 2008

SUKAN
 

Pelari Kenya kuasai acara maraton

PORT DICKSON – Pelari Kenya, Benjamin Meto muncul juara kategori Terbuka Lelaki Larian Separuh Maraton Antarabangsa Port Dickson (PDIHM) di Kelab Admiral Marina & Leisure di sini, semalam, lapor FARABI SHEIKH SAID AL- JABRI.

Kejayaan pelari berusia 33 tahun itu menamatkan larian dalam masa 1 jam 6 minit 16 saat untuk menggondol hadiah wang tunai RM 2,000 berserta trofi, piala iringan, pingat serta sijil penyertaan.

Dia mengetepikan cabaran pelari negara, R. Muniandy yang ketinggalan 1 minit 27 saat.

Muniandy membawa pulang hadiah wang tunai RM700.

Ketika ditemui Meto melahirkan rasa gembira kerana dapat menyertai pertandingan tersebut iaitu cubaan pertamanya di PDIHM.

Menurutnya, dia berhasrat untuk kembali ke perlumbaan yang sama pada tahun hadapan.

“Ini merupakan pengalaman yang manis buat saya. Walaupun ini merupakan kali pertama saya menyertai perlumbaan ini, saya berasa puas dan berhasrat untuk kembali menyertai pada masa akan datang,” katanya.

Beliau pernah menduduki tempat ketujuh pada Maraton Antarabangsa Kuala Lumpur AmBank Ke-17, 30 Mac lalu.

Douglas Mwiti yang menduduki tempat ketiga mencatatkan 1:08.7s melayakkan beliau menggondol wang tunai RM500.

Kategori wanita turut diungguli pelari Kenya Purity, 21, dengan masa 1: 19: 10s membawa pulang wang tunai RM2,000, trofi.

Tempat kedua juga dikuasai peserta Kenya, Janet Jglagat yang ketinggalan 10 saat untuk membawa hadiah wang tunai RM700, manakala tempat ketiga milik pelari Malaysia, Vally Micheal yang mencatat 1:27.10s.

Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Mohamad Razi Kail.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, pelari dari Kenya turut menguasai tiga tempat teratas larian RMAF 50 Years Half Maraton bagi kategori lelaki dan wanita terbuka semalam, lapor NORMALA SALLEH.

Johan acara 21 kilometer (km) ini dimenangi oleh Julius Kagethe Mbogua dengan catatan masa 1 jam 06:07 saat.

Tempat kedua dan ketiga dimenangi rakan senegaranya, Simon Kabui Njnga dengan catatan masa 1:06:34s sementara Daniel Muema menghabiskan larian dalam tempoh 1:07:56s.

Sementara itu, acara wanita terbuka 21km turut menyaksikan Margaret Wangui dari Kenya mengungguli tempat pertama dengan catatan masa 1:20:15s.

Tempat kedua dimenangi Sarahc Hebet dengan masa 1:23:51s, manakala rakan senegara, Lucy Cherotic Kurgat mencatat masa 1:07:56s.

Hadiah disampaikan oleh Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan diiringi Pengerusi larian RMAF 50 Years Half Maraton, Brig. Jeneral Datuk Ackbal Abd. Samad.

 

(Sumber: Utusan Malaysia)

Tinggalkan jawapan

Blog Stats

  • 1,378 hits

 

Mei 2008
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Tulisan Terbaik

  • Tiada

Top Clicks

  • Tiada

a