suara hati

Ptptn Vs ptptipu

Posted by: izmal on: Julai 10, 2008

salam sume,

apa kabar? selamat datang ke sem terbaru anda eh!!! semoga sem ini akan menjadikan anda lebih ceria dan semangat dalam melanjutkan sesi pembelajaran anda.Tahniah kepada mereka yang mendapat anugerah dekan.

masalah kursus dah selesai ngan asrama dah selesai. tup-tup, yuran plak yang bermasalah sebabnya ptptn tak bagi penuh duit kami. Ape nie? tak sistematik betullah pentadbiran ptptn nie. dahlah dulu nak caj 3 peratus, sekarang nie jadi macam nie plak. apa masalahnye!!!sape2 yang leh tolong, mintak tolong kat dia nie sgt2 agar menyelesaikan masalah ini. aku tak nak yuran aku berhutang ptptn pun aku hutang. aku tak naklah hutang banyak2, cukuplah sekadar aku hutang nagn ptptn dahlah!!! aku harap sangat nanti aku dah grade aku tak nak ada hutang ape2 ngan usim nie, susah sangatlah.

nape jadi macam nie pun aku tak tau? hari tue, aku ngan kawan2 sudah pergi ke pejabat bendahari, tanya apa masalahnya tapi jawapan standard diorang kena tanya ptptn, bila ditanya tak leh ke bendahari menguruskan dengan ptptn katanya pegawainya tiada. apalah menyusahkan hidup tullah!!!geram aku! yang aku herannya masa aku buka ewadi dulu takde plak hutang terkini tengok sekarang aku plak yang berhutang.

patutnya, pihak ptptn perlu turun padang memberikan penjelasan kepada kami nape pihak ptptn tidak membuat bayaran penuh ke atas kami, kenapa kami nie dibayar dengan angka yang berbeza2.sekarang bila nak berbincang ngan kawan pun tak tau macam ne, sebab angka dah lain.

yang aku geram lagi, penjelasan nape aku berhutang tue memang logik sekiranya dia potong untuk yuran dulu sebanyak rm40 bersama muet rm60? aku tak paham apa yang dimaksudkan yuran ama yang dipotong sebanyak rm 180 serta rm 50 yang tidak diketahui kenapa ia dipotong. pening2 lalat dah aku.

harap2 adalah orang datang membantu, ayah aku bukan orang kaya takkan aku nak mengharapkan dia. tension aku memikirkan masalah ini. aku harap sangat aku dapat jalan penyelesaian maslaha ini.

aku da tepon mak aku tanya pasal benda nie tapi biasakla org tua tak brapa faham kot, tapi tak pe.aku cuma harapan aku dapat balas jasa diorang je.Ayah, terima kasih banyak2, nanti ayu dapat keje ayu akan pastikan ayah ngan mak dapat p mekah lagi! InsyaAllah.

aku nak tanya korang pe komen korang pasal ptptn vs ptptpu nie???korang tak rasa geram ke!!!!

hari gembira

Posted by: izmal on: Jun 30, 2008

salam semua….

hari ni, aku amat gembra sekali, aku dah dapat aku hajati selam ini, akhirnya dapat jugak aku naik pentas tapi takpelah Allah nak nak bagi aku rezeki nie. Alhamdulilah….

praktikal dah habis, huhuhu!!! aku dah tak sanbar nak jumpa korang, cepatlah tarikh tue samapai, aku nak tau keputusan korang.

bestnye aku nak balik asrama aku cepatr sikit. aku rindu nak balaik sana ngan nak cepat2 jhabiskan kuliah nie!!!aku nak grade!!!

kak ida, aku rindu kolah kak.Maira, K.pija, K.Che, Indah, K.Bie…..alah semua banyak tul nama aku nak taip…nanti aku nak gaduh ngan semua org…aku tak sabar nak balik.

woit, mak aku panggil balik masak…klah, tata…miss u all

tinggal sehari lagi

Posted by: izmal on: Jun 19, 2008

salam semua…

sok hari last kita praktikal dan boleh balik kampung untuk bercuti setelah sekian lama kita bertungkus lumus untuk praktikal kita nie!

bestnyer, dapat cuti panjang lepas tue jumpa kawan2 kat kampus plak…

pejam celik2 rupa2nya kita dah nak habis wat praktikal di tempat masing2.

alhamdulilah (lum leh cakap lagilah sok baru habis).

tak sangka umur pun dah meningkat dan kita pun tinggal lagi sethun je lepas sem nie, praktikal balik pas tue, bestnyer!!!

sape2 yang lepas grade nak kawin jangan lipa jemput kitaorg lah yek!!!!ntahlah sedih plak bile fikirkan yang kita nie nak berjauhan plak!!!

betullah kata orang bile kita dekat pasti akan berpisah jugak!!!segalanya tuhan telah atirkan untuk kita, jadi kita sebagai manusia harus bertawakal dan bersabar terhadap ujian yang diberi oleh Nya!!!!

tata.  

rambut & tubuh

Posted by: izmal on: Jun 19, 2008

Rambut dan bentuk tubuh

Selain usia dan bentuk wajah, bentuk tubuh juga perlu diperhatikan saat ingin bertemu pendandan rambut. Tidak semua orang sesuai berambut panjang dan tidak semua orang juga sesuai berimej ranggi melalui potongan rambut pendek. Sebagai panduan, mungkin tip diberikan pendandan rambut e-Go Hair & Beauty Salon dikenali sebagai Ucu dapat membantu.

  • Tubuh kurus – Potongan rambut seharusnya dapat memperlihatkan wajah kelihatan berisi. Untuk tampil feminin, rambut paras bahu, berombak dan dipotong layer sesuai untuk mereka bertubuh kurus. Bagaimanapun, elakkan menggayakan rambut panjang lurus kerana ia akan membuatkan anda lebih kurus. Rambut pendek pula membuatkan anda kelihatan lebih maskulin.
  • Tubuh gemuk – Rambut yang tidak terlalu panjang (melepasi bahu) dengan layer pada sisi kiri dan kanan rambut boleh membuatkan anda kelihatan kecil. Elakkan potongan rambut yang terlalu pendek, terlalu panjang, kerinting dan bergelombang kerana ia membuatkan tubuh kelihatan bertambah besar.
  • Tubuh kecil atau mungil – Rambut lurus yang halus sesuai dengan anda. Panjang rambut tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang. Rambut pendek dengan layer dan gelombang pada bahagian atas kepala juga sesuai.
  • Tubuh tinggi – Mungkin mereka bertubuh tinggi tidak menghadapi sebarang masalah untuk menggayakan apa juga gaya rambut. Gaya rambut berombak dan beralun semula jadi boleh merubah penampilan anda kelihatan feminin.
  •  

    P/S: Petikan daripada Berita harian Online

    salam, sume

    sape2 yang nak wat rambut macam ne pun tak kisahlah yang penting pandai jaga kebersihan dan kesihatan penting untuk tubuh.

    ape yang menarik perhatian aku pagi semalam, aku naik tren dari kajang sampai cheras, aku nampak fesyen orang bandar kita ni macam2, sampai poning pale eden nak nengok eh!

    yelah sapa yang tahan kalau namapak ramnut warna merah, emas, rambut pintal2(untuk lelaki), pendek, panjang, ape suma!!!tak serabut ke pale diorang wat stail gitu?

    ntahlah aku tak tau diorang ni ikut ajaran ape, yelah kalau orang itu Islam, taulah bahawa warna rambut itu hukumnya haram, jadi nak solat pun tak sah kecuali bagi mereka yang memakai inai di rambut.

    teringat aku akan kisah zaman kegemilangan Islam dulu, ada seorang askar yang kepalanya banyak uban (aku tak ingat sapa, perang ape, tapi aku penah baca) lalu dia menggunakan inai untuk memerahkan rambutnya supaya orang yang diperangi akan tahu bahawa mereka berlawan dengan seorng perajurit yang muda dan gagah. Dan disebabkan teknik itu, mereka berjaya mengalahkan musuh mereka di medan perang.

    tapi sekarang, orang tdah tak kisah janji rambut diorang tue ada stail!!!tak guna jugak bagi pompuan yang tidak memakai hijab bagi menutup rambut mereka, bak kata orang RAMBUT ITU MAHKOTA  KITA!

    jadinya, sebagai peringatan pakailah tudung, kerana dengan tidak menutup aurat, solat kita tuhan taknak pandang!!!peringatan untuk anda sume dan jugak saya.

    seandainya tuhan tidak membuka hati kita lagi, jadi kitalah yang patut berjinak-jinak untuk sehelai perhiasan yang bernama tudung. Sedangkan Siti Nurhaliza bole berjinak2 ngan selendang dahulu selepas balik dari Mekah kerana tekadnya, takkan kita tak boleh?

    fikirkanlah….

     

    aku boringlah

    Posted by: izmal on: Jun 2, 2008

    salam,

    hari ni, hari isnin 020608 bersamaan 27 Jamadilawal 1429, aku kebosanan sebab hari ramai pekerja baru yang telah mendaftarkan diri mereka sebagai staff baru dan aku keboringan kerana aku takda kerja hari ini….

    aku boring…tolonglah, dari tadi aku makan je je!!!!

    dari tadi aku tunggu press realease tak dapat-dapat pun, jadi aku kebingungan di sin, sekarang…

    wasalam.

    aku nak meletup!!!!

    Posted by: izmal on: Mei 29, 2008

    Semalam aku tak keje, ari nie (29/05/08), aku dapat asemen kat HUKM, aku nak meletup je bile aku sampai tak da ape2 event pun!!!!

    aku balik ofis nak tengok btul ke tak? Aiyok!!!! Soklah event tue….aku betul nak marah!!!!aku penat nak berjalan!!!pagi tadi dahlah ramai orang naik komuter, kesian dia tenggelam dalam lautan manusia. aku plak nak kuar tersekat, biasalah orang berbadan besar.

    tengok kan aku dah tak tau nak wat pe!!!!dah start mengantuk dah mata aku!!!

    tata semua, hanya nakmeluah di dlm blog!!!aku nak senyum sampai telinga aari nie!!!(“,)……

    wasalam.

    Press Release

    Posted by: izmal on: Mei 26, 2008

    Hari nie, aku duk kat ofis je.sebab aku punya asemen cancel.aku dah sampai Chan Sow Lin dah masa tue, susah hati aku lambat sampai…takut woooo!!!

    aku nie asyik wat salah je…tapi kalau tak buat salah nanti takda orang betulkan. lagi aku tak tau berita aku masuk tak.aparah!!!

    tadi aku bagitau kat Cik Adzrah, Cik Faizal tentang berita aku, sekurang-kurangnye diorang leh berbangga dengan adanya anak murid macam aku.aku tak bangga pun cume rasa hapi je. Kalau dulu masa USIM TODAY berita aku tak dapat masuk walaupun satu, tapi itu bukan masalahnya.sekarang aku dah nampak macam ne kat newsroom Utusan nie bergerak, realiti newsroom.

    Mula-mula dulu, aku tak nak datang kat Utusan nie, tapi bile dah lama2, kena marah, sambil belajar sesuatu yang baru, makin sayang plak kat Utusan nie. Takpelah kalau ada rezeki pasti ada aku kat sini lagi.

    Sambung tujuan aku menulis blog ari nie, sebenarnya aku nak cita aku dah berjaya wat berita guna press release. hari nie aku telah mencatatkan rekod aku telah menaip berita untuk 2 press release dalam masa yang singkat. Alhamdulilah.

    Tapi tulah manusia tak terlepas dari membuat kesalahan begitu jugak aku…aku rasa dah banyak kali nama aku kena panggil, tapi aku tak kisah sebab aku masih belajar lagi. Warga utusan garang tapi mereka ada sebab tersendiri kalau mereka itu garang. aku rasa kalau diorang tak garang confirm aku nie lagi tulis main2. 

    TERIMA KASIHLAH WARGA UTUSAN….aku akan ingat kata2 mereka tue, bukan senang nak dapat utusan nie, dapat sekali aku nak sangat wat betul2.

     

    peringatan untuk aku

    Posted by: izmal on: Mei 26, 2008

    Semalam dengan secara tidak rasminya aku telah menjadi wartawan sukan sekejap….aduhai, payahnya sangat-sangat, tapi aku dapat tempuhi dengan baik.

    aku nak bagitau perkara yang menimpa aku semalam (250508),

    1)Jangan lewat-lokasi dah tau, abg ipar aku hantarkan tapi jalan ditutup kerana larian maraton itu sudah bermula. Apa lagi P minum dululah.padan muka aku termiss.

    2)Jangan pulang awal-selagi benda tu lum selesai, jangan sekali-kali balik, nanti tak dapat story tau. Dahlah pergi sorang….isk..isk..isk..!!!kan dah kena marah ngan ANE( Asistant News Editor), orang utusan muka garang tapi hati paling baik….(“,).

    3)Format sukan-untuk berita sukan utusan secara automayiknye ada sebahagian tempat yang berbeza dengan berita antaranya:

           a)Dateline-kalau berita macam nie (KUALA LUMPUR 26 Mei) tapi kalau dah masuk berita sukan jadi macam nie (KUALA LUMPUR). semalam kena tegur ngan ketua meja sukan baru aku perasan….

           b)Angka-jangan tulis angka begini 4567 tapi tulis kini 4,567.

           c)Lapor-kalau berita biasa takde macam nie Lapor NORMALA SALLEH, tapi kat berita sukan ada.

           d)Hari ini dan semalam-kalau berita biasa kalau dia berlaku hari ini tulis hari ini, tapi kalau berita sukan tulis macam nie semalam.

           e)caption-jangan sampai tersalah bagi ayat.

           f) Singkatan-jangan tulis pada berita untuk kali pertama terus tulis TUDM, tapi mesti penuh Tentera Udara Diraja Malaysia. tapi seterusnya dah boleh tulis ringkas.

     

    aku kena ingat sampai mati(slogan cik Adzrah) sekiranya aku ingin meneruskan kerjaya di sini.

    Wasalam.

    salah satu berita aku

    Posted by: izmal on: Mei 26, 2008

    SUKAN
     

    Pelari Kenya kuasai acara maraton

    PORT DICKSON – Pelari Kenya, Benjamin Meto muncul juara kategori Terbuka Lelaki Larian Separuh Maraton Antarabangsa Port Dickson (PDIHM) di Kelab Admiral Marina & Leisure di sini, semalam, lapor FARABI SHEIKH SAID AL- JABRI.

    Kejayaan pelari berusia 33 tahun itu menamatkan larian dalam masa 1 jam 6 minit 16 saat untuk menggondol hadiah wang tunai RM 2,000 berserta trofi, piala iringan, pingat serta sijil penyertaan.

    Dia mengetepikan cabaran pelari negara, R. Muniandy yang ketinggalan 1 minit 27 saat.

    Muniandy membawa pulang hadiah wang tunai RM700.

    Ketika ditemui Meto melahirkan rasa gembira kerana dapat menyertai pertandingan tersebut iaitu cubaan pertamanya di PDIHM.

    Menurutnya, dia berhasrat untuk kembali ke perlumbaan yang sama pada tahun hadapan.

    “Ini merupakan pengalaman yang manis buat saya. Walaupun ini merupakan kali pertama saya menyertai perlumbaan ini, saya berasa puas dan berhasrat untuk kembali menyertai pada masa akan datang,” katanya.

    Beliau pernah menduduki tempat ketujuh pada Maraton Antarabangsa Kuala Lumpur AmBank Ke-17, 30 Mac lalu.

    Douglas Mwiti yang menduduki tempat ketiga mencatatkan 1:08.7s melayakkan beliau menggondol wang tunai RM500.

    Kategori wanita turut diungguli pelari Kenya Purity, 21, dengan masa 1: 19: 10s membawa pulang wang tunai RM2,000, trofi.

    Tempat kedua juga dikuasai peserta Kenya, Janet Jglagat yang ketinggalan 10 saat untuk membawa hadiah wang tunai RM700, manakala tempat ketiga milik pelari Malaysia, Vally Micheal yang mencatat 1:27.10s.

    Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Mohamad Razi Kail.

    Sementara itu di KUALA LUMPUR, pelari dari Kenya turut menguasai tiga tempat teratas larian RMAF 50 Years Half Maraton bagi kategori lelaki dan wanita terbuka semalam, lapor NORMALA SALLEH.

    Johan acara 21 kilometer (km) ini dimenangi oleh Julius Kagethe Mbogua dengan catatan masa 1 jam 06:07 saat.

    Tempat kedua dan ketiga dimenangi rakan senegaranya, Simon Kabui Njnga dengan catatan masa 1:06:34s sementara Daniel Muema menghabiskan larian dalam tempoh 1:07:56s.

    Sementara itu, acara wanita terbuka 21km turut menyaksikan Margaret Wangui dari Kenya mengungguli tempat pertama dengan catatan masa 1:20:15s.

    Tempat kedua dimenangi Sarahc Hebet dengan masa 1:23:51s, manakala rakan senegara, Lucy Cherotic Kurgat mencatat masa 1:07:56s.

    Hadiah disampaikan oleh Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan diiringi Pengerusi larian RMAF 50 Years Half Maraton, Brig. Jeneral Datuk Ackbal Abd. Samad.

     

    (Sumber: Utusan Malaysia)

    paginye!!!!

    Posted by: izmal on: Mei 25, 2008

    hari nie hari ahad, aku keje beb!!!malas tul!takpe lagi, yang aku kena tahan asemen aku kul 6.30 pg….woooooo!!!aku ngantuk!last2 aku terbangun lambat.kul 6 baru bangun.amik ko!!!abg ipar aku yang baik hati telah menghantar aku ke pangkalan TUDM, sungai besi.

    sampai jalan yang nak masuk TUDM tue, alamak tak boleh masuklah!!!itulah pakcik polis yang menjaga jalan bagitau. nak taknak terpaksa abg ipar aku mencari jalan alternatif yang lain…aku dah cuak, mampos kalau bos tau.

    setelah berapa lama kemudian di jalan raya, abg ipar aku pun berkata, nk wat camne, kita pi BERSARAPAN! aku ikut jelah, alamak!dalam hati aku tuhan je tahu.setelah selesai, kitaorg pun blah. masin mulut abg ipar aku. jalan telah dibuka.

    tapi yang nak masuk dalam tulah masalahnye!!!takpe2 aku da kaki, aku da mulut…ya Allah, amat terperanjat sekali apabila orang yang aku tanya tue dia cakap lagi 500meter baru aku sampai…

    dah sampai aku nak pergi mane nie!!!nasib bek da contact no, orang tue!!!!aku kal, dalam hati aku berkata mana photoghaper ni!!!setelah seketika kemudian, muncullah dua orang media, sorang tue amat aku kenal, dia adalah wartawan Bernama, kak zura(ni housestlye Utusan). aku ingat sebelah dia tue cameraman dia, bukan rupanya… 2 cameraman UTUSAN(hafizh Khosmat).

    lama jugaklah aku kat sana…tapi ku tak banyak tanya aku cuma wat ape yang orang lain buat (makan)….aku balik naik teksi, nak putus kaki aku berjalan…apelah nasib aku nie, dahlah kena tunggu lma kat sana…lepas 2, org India yang aku tumpang tue pun pau aku!!kurang asam.

    lama aku merayau di sekitar kawasan Pasar Seni,(ak sesatlah)….jap erk…hari nie aku jadi wartawan sukan.nanti aku sambung….

    sambungan…

    nak patah kaki aku jalan kat hentian Pudu cari Plaza Rakyat tapi tak jumpa, puas aku pusing…penatne yang teramat sangat. Lum penah aku dapat asemen yang sampai aku berpeluh macam tue.. takpe sebab aku nak belajar mesti aku leh buat.InsyaAllah.

    Dah sampai Utusan, Ane aku tanya dapat ape? Salah sendiri sape suh balik awal kan dah tak dpt ape2 nasib bek aku dapat no PR tue…apa lagi telefon ada tefonlah.

    aku blur tak tau nak wat macam ne, aku buka utusan online dan aku dah dapat ilham dan aku teruskan penulisan berita.

    sementara dah siap tu, aku tunggu jadual plak.Tiba-tiba NORMALA SALLEH!!! Nama aku kena panggil dari meja sukan, garangnye Ketua bahagian sukan nie!!!aku takut tapi aku belajar mana kesalahan aku. Marah diorang nie semua ada kebaikannya.ingatlah marah tandanya sayang.

    selesai sudah aku nak balik, tapi abg azman cadangkan aku supaya ikut kak Shanty pergi dinner dekat Hotel sebab asemen mengenai Usahawan, penat pagi tak hilang tapi kan aku datang sini nak belajar, macam pantun nie,

    “Buah cempedak di luar pagar, ambil galah toling jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tong tunjukkan”

    Lama jugaklah, tapi aku nak tengok jugak macam mane makan malam dengan timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifudin Abdullah. best tue memang best tapi sampai tengah malam aku baru pulangkan diri. takpe saja cari pengalam.

    k, da keje nie…tata!!!  

     

     

    Blog Stats

    • 1,329 hits

     

    November 2009
    I S R K J S A
    « Mei    
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    30  

    Tulisan Terbaik

    Top Clicks

    • Tiada

    a