suara hati

Bodoh…Sakit hati aku hari ini….Kad bank aku kena block, kena p tempat jauh….dahlah tak de duit…

Bacalah wahai kawan2 dan sedara2 ku, aku petik story ni dari berita harian….jadikanlah sbgai satu peringatan. kita manusia lemah dan harus diingati dan mengingati.

Tanda-tanda akhir

Oleh Nasron Sira Rahim

KETIKA sedang bersiap untuk pulang ke rumah selepas selesai mengimamkan solat Asar, seorang lelaki dengan wajah bingung dan kerunsingan datang mengetuk pintu kamar biliknya.

Melihat jasad lelaki itu di sebalik kaca pintu bilik, Imam Min tersenyum bagi memberi isyarat membenarkannya masuk. Wajah runsing masih kelihatan di sebalik senyuman balas yang seolah-olah terpaksa dihadiahkan untuknya, kala lelaki itu melangkah ke bilik kecilnya.

Lantaran mereka tidak pernah bertemu sebelum ini, lelaki itu memulakan perkenalan dengan huluran tangan dan menyingkap butir-butir ringkas mengenai dirinya. Jelas didengari bahawa suaranya tersekat-sekat ketika menuturkan setiap bilah kata bagaikan ada beban yang amat berat sedang ditanggung benaknya ketika itu.

 

Seterusnya lelaki berkenaan mendiamkan diri untuk seketika dan suasana sunyi menyelubungi atmosfera bilik. Agak pelik dia melihat perlakuan tetamunya itu, sentiasa kelihatan gelisah dan takut. Ketika dia cuba membuka bicara bagi meleraikan ikatan sepi, lelaki berkenaan memulakan tutur kata.

“Tuan Imam, sesuatu yang pelik berlaku dalam hidup saya sejak dua minggu lalu,” suaranya agak perlahan, pandangannya ditundukkan dan jemarinya disilangkan antara satu sama lain. Garis-garis kerutan terlukis di dahi Imam Min. Dia menunggu lanjutan kata dari bibir tetamu di hadapannya.

Lelaki itu bagaimanapun tidak lagi meneruskan bicara, sebaliknya mengeluarkan sesuatu dari beg sandang yang dibawa. Sebuah al-Quran lama diletakkan di atas meja, di hadapannya. Imam Min memakukan pandangan pada kitab suci itu.

“Ini al-Quran pusaka keluarga kami. Sudah lapan generasi diwariskan sebelum saya memilikinya.” Dicapainya al-Quran berkenaan sebelum dia meneliti dengan perasaan kagum. Walaupun helaian surah sudah kekuningan, nas bertulis tangan masih jelas tertera. Malah gaya khat di muka kitab dilirik dengan penuh unik sehingga yakin dia bahawa gaya itu masih belum pernah dihasilkan mana-mana penulis sebelum ini. “Cantik al-Quran ini,” dia ikhlas menzahirkan pujian.

“Saya jumpa al-Quran ini dalam stor di rumah arwah datuk, dua tahun lalu. Kerana tiada lagi sesiapa yang mahu menggunakannya, saya bawa pulang kitab ini untuk membacanya. Asal kitab ini datangnya dari Acheh, dibawa moyang kami yang datang berdakwah ke sini pada zaman Kedah Tua dulu,” dengan suara tersekat-sekat, lelaki itu menuturkan penjelasan.

“Jadi apa masalahnya,” Imam Min terus ke mauduk pertemuan. Wajah serba-salah mengiringi pandangan lelaki itu ke arahnya, seolah-olah takut untuk meluahkan masalah dihadapi.

“Saya baca al-Quran ini setiap hari dan alhamdulillah, sudah khatam sekali. Bagaimanapun, sejak dua minggu lalu, sesuatu yang pelik berlaku. Ada antara ayat ini, hilang dengan sendirinya.” Pandangan Imam Min segera teralih daripada penelitian terhadap kitab tua ke wajah si lelaki. Bersama kerutan di dahi, dia cuba mencari ketelusan di sebalik kata-kata aneh yang diucapkan sebentar tadi. Ayat al-Quran yang ghaib?

“Mulanya pada malam Jumaat dua minggu lalu, ketika khusyuk menekuni surah al-Mukminun, terlihat saya ruang halaman yang kosong. Mulanya diingatkan dakwat tulisan yang pudar tetapi setelah diamati, yakin saya yang ayat pertama hilang bagaikan dipadam dengan sempurna. Ayat-ayat lain masih elok.”

Serta-merta diselaknya helaian kitab yang diperbuat daripada kulit haiwan itu bagi mencari logik pada dakwaan lelaki berkenaan. Tanda tanya terus menujah ke kotak fikirnya.

“Mulanya saya fikirkan ia mungkin perasaan saya saja tetapi empat hari kemudian, saya dapati ayat kedua dan ketiga pula ghaib.” Selakkan helaian akhirnya terhenti pada surah berkenaan. Memang benar! Lelaki di hadapannya tidak menipu, ayat suci itu lesap meninggalkan ruang kosong di tengah nas sesudah dan sebelumnya. Bacaan basmalah masih jelas tertera tetapi selepas itu, ruang terus kosong sehinggalah ayat keenam surah. Memang aneh dan misteri. Tidak mungkin tulisan yang pudar meninggalkan ruang kosong seperti itu. Ketakutan dan kebingungan mula menjalar ke jiwanya dan fahamlah dia akan perasaan dihadapi lelaki itu.

“Berapa kali kejadian ini berlaku?” dengan nada hairan, dia mengusulkan persoalan. “Sehingga subuh Isnin lalu, semuanya empat kali Tuan Imam, lima ayat.” Perasaan seram sejuk mula menusuk jasadnya. Aneh kejadian berkenaan, memang aneh.

Selepas terdiam seketika bagi merasionalkan dirinya, Imam Min bangun dan mencapai sebuah kitab terjemahan al-Quran di rak belakang. Helaian kitab terjemahan diselak sehingga menemukan surah al-Mukminun. Walaupun sudah mengetahui dan menghafaz ayat yang hilang itu, dia tetap ingin memastikan maksud nas berkenaan.

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang beriman (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaikan zakat dan orang-orang yang menjaga kemaluannya.” Firman Allah itu dibaca lambat bagi diperdengarkan di hadapan tetamu itu. Selesai baca, lelaki itu memandang ke arahnya dengan seribu tanda-tanya. Dia diam, lelaki itu juga terdiam.

“Apa maksud semua ini Tuan Imam?” Buntu sekali dirinya untuk memberikan jawapan. Tidak pernah perkara seperti itu didengari berlaku di mana-mana sebelum ini; tidak pernah juga persoalan seperti itu diajukan kepadanya seumur hidup. Bingung dia bingung.

Lelaki itu hanya memandang kosong kepadanya. Segala permasalahan yang menyelubungi mereka kini diserahkan bulat-bulat oleh lelaki itu kepadanya untuk diselesaikan. Beban itu teralih kepadanya sedangkan dia masih bingung untuk memberi sebarang jawapan.

“Mengapa ayat al-Quran ini tiba-tiba saja boleh hilang?” tanpa sebarang jawapan, lelaki itu kembali mendesak penjelasan. Mengemukakan persoalan yang benar-benar membawa Imam Min ke lembah kebuntuan.

Diasak kebingungan dalam mencari jawapan yang pasti untuk diluahkan kepada lelaki itu, seketika dia merenung jauh ke alam muhasabah dan menyusuri lorong-lorong fikir.

“Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi mereka yang berfikir.” Nas yang banyak disebut dalam al-Quran itu kerap singgah di benak mindanya sejak diperlihatkan perkara aneh itu. Sesungguhnya segala sesuatu itu berlaku atas kehendak Tuhan jua dan yakin dia bahawa segala yang berlaku tidak terjadi dengan sia-sia. Pasti ada sebabnya.

“Saudara, saya yakin segala sesuatu perkara itu berlaku dengan kehendak Allah SWT,” Imam Min menghelakan nafas di celah-celah kebingungan.

Sememangnya sedar dia bahawa perkara ghaib wujud dalam Islam dan wajib diimani. Sedar dia bahawa mukjizat, keramat dan beberapa hal yang tidak dapat dijelaskan akal dan sains turut tertakrif dalam doktrin Islam. Bagaimanapun, dalam keadaan dunia sekarang, jarang lagi dijumpai perkara seperti itu. Pernah didengarinya ketika kecil kisah-kisah wali yang mampu berjalan di atas air tetapi seumur hidupnya meniti alam dewasa, belum pernah dia menjumpai manusia seperti itu.

Sepuluh tahun lalu, pernah negaranya kecoh apabila sekumpulan pelajar dan guru agama mendakwa melihat objek-objek aneh antaranya kalimah syahadah dan lidah manusia dipotong di dada langit. Ya, itu memang perkara pelik dan mistik, tetapi ‘keanehan’ itu akhirnya terbongkar apabila pihak berkuasa mendapati ia adalah penipuan kumpulan tertentu yang memancarkan laser ke langit.

Menggunakan jin sememangnya mampu menghasilkan pelbagai perkara pelik tetapi entahlah, dia sendiri tidak dapat menjelaskan peristiwa dialami lelaki itu kini. Dengan ilmunya, dia tidak berani memutuskan peristiwa itu.

“Tuan Imam….” panggilan lelaki itu kembali menyedarkannya daripada lamunan. Barulah dia menyedari bahawa agak lama dia larut dalam mencari dalil akli sehingga meninggalkan lelaki itu keseorangan di alam realiti.

“Saya sendiri tidak berani menghakimi kejadian aneh ini.” Perasaan sebenarnya diluahkan kepada lelaki itu. Wajah-wajah hampa jelas terlukis pada riak si lelaki. “Tetapi sekadar pendapat saya, mungkin ayat ini ghaib lantaran ia tidak lagi dipedulikan umat manusia,” lelaki itu memanggung kepala ke arahnya.

“Contohnya kaitan antara ayat ini dengan senario semasa, berapa ramai umat Islam yang menunaikan suruhan ini? Saya yakin ramai umat Islam yang sudah tidak menunaikan solat sedangkan solat itu tiang agama.” Tetamunya mengangguk perlahan dan terus menunggu luruhnya buah-buah penjelasan.

Fikirannya bagaimanapun kembali menjengah ke alam realiti yang didiami umat Islam terutama di negaranya kini. Serta-merta perasaan sebak menguasai jiwa tatkala mengenangkan ramai antara kenalan, saudara dan insan yang ditemuinya sudah tidak lagi menunaikan solat. Solat itulah jalan menemui Allah tetapi jelasnya ramai yang tidak lagi mempedulikan-Nya.

“Solat itulah titik tolak dalam kehidupan manusia, solat itulah jawapan dan formula terbaik dalam menangani pelbagai kecelaruan dan kebejatan sosial masyarakat. Jika solat ditunaikan dan dihayati, pasti masalah sosial masyarakat, mat rempit, dadah, seks luar nikah, rasuah dan jenayah mampu diatasi,” dia menarik nafas sebelum menghembus perlahan.

“Begitu juga ayat-ayat seterusnya, ayat ketiga misalnya menerangkan kunci kebahagiaan manusia iaitu selalu menjaga waktu dan umurnya supaya jangan sia-sia, sentiasa mencari pahala dan mengelak dosa.

“Takwilnya, dia (manusia) selalu menjauhkan diri daripada penipuan, kezaliman, penghinaan kepada orang lain, korupsi, penyelewengan atau terlalu lalai dengan hiburan seperti sekarang. Yakin dia bahawa seluruh ucapan dan perbuatan dicatat malaikat sebagai bukti untuk mengadili mereka di akhirat. Maka atas dasar perhitungan dan keyakinan itu, manusia itu tidak mahu mengerjakan apa saja yang tidak berguna bagi dirinya sendiri, bahkan hanya menimbulkan kerugian dan penyesalan. Akan tetapi semakin ramai yang sudah tidak menghiraukan perkara ini sekarang,” jelasnya panjang lebar.

“Jadi adakah kehilangan ayat keempat bermaksud sudah ramai umat Islam yang sudah tidak menunaikan zakat, manakala ayat kelima pula akibat berleluasanya seks luar nikah ketika ini?” Imam Min mengangguk perlahan menyetujui telahan lelaki itu.

Mindanya mengimbau pengaduan rakannya yang bekerja di pejabat zakat – sudah ramai umat Islam yang tidak menunaikan zakat melainkan zakat fitrah; zakat lain seperti harta, emas, penternakan dan zakat pendapatan walaupun sekadar 2.5 peratus, tidak dipedulikan seolah-olah ia bukan suruhan-Nya.

Malah gejala seks luar nikah pula kini sudah semakin membarah dalam masyarakat bagaikan ia kegiatan biasa dan lumrah. Persoalan seks menjadi topik menarik sehingga dieksploitasi dalam majalah picisan, akhbar, televisyen dan pelbagai media.

“Bahkan bukan saja umat Islam sekarang tidak menunaikan zakat, tetapi ramai terbabit dalam riba seolah-olah ia adalah satu kemestian tanpa ada apa-apa rasa bersalah. Sedangkan ayat ke-278 dan 279 daripada surah al-Baqarah menerangkan riba itu dosanya seperti berperang dengan Allah!”

Keadaan kembali sepi seketika. Lelaki itu kemudian mengangkat pandangannya. “Jadi, apa yang perlu saya lakukan sekarang, Imam?” persoalan itu kembali membawanya mendalami lembah fikir. Jika benar kejadian berkenaan, ia bukanlah perkara kecil yang hanya diputuskan olehnya. Ia perkara besar yang memerlukan takwil daripada ulama mukhtabar yang lebih dalam ilmunya.

“Saudara perbanyakanlah amalan termasuk ibadat sunat. Dekatkan diri dengan Allah, hayatilah segala suruhan dan larangan-Nya bersungguh-sungguh.”

Selepas lelaki itu meninggalkan dirinya keseorangan dalam bilik itu, fikirannya terus menyingkap pelbagai kemungkinan di sebalik peristiwa itu. Pelbagai misteri, rahsia dan teka-teki menyalurkan kebingungan dan ketakutan ke dalam dirinya. Ya Tuhan, adakah ini tanda-tanda akhir dunia akan kiamat?

dah lama aku tak masuk blog aku…..tapi hari nie nak tulis sikitlah…..

pada 17 november 2008, annual dinner yang dianjurkan bidak tahun tiga FKP memang bestlah. apa tidaknya dapt berjumpa dengan kawan2, bergaul dan beramah mesra.

apa tidaknya, dalam sejarah hidup aku baru kali pertama aku tanggalkan spek mata aku n pakai make-up, tetiba je…nak ucapkan terima kasih banyak2 kat k.an….

ntah mula2 rasa semacam jer tapi lepas tue ok dah…seram sejuka ku dibuatnya. tapi ape2 hal thanks alot to all my junior.

dalam pada itu, k.sue datang umah aku.samapi je kat bilik aku adik dia msj cakap adik dia xcident. dia masa tue namppak sangat gabra…n risau sangat walhal dia kena menyanyi sebagai salah satu persembahan dari pelajar tahun 4. sedih sangat muka dia, aku ingatkan tak teruk….

tapi lepas je habis annual tue, dia terduduk ngan nagis memang parah adik dia. dia bagitau aku adik dia hatinya hancur, dr  ckp tipis harapan dia nak sembuh…aku berserah padamu tuhan…yang paling aku tak tahan mak ayah dia tak kuat…memang besar peranan seorang anak yang paling tua. tapi aku memang kagum nagan k.sue sebab semangatnya tak pudar…

aku doakan kak sue n family agar tabah menghadapi cubaan sebegini.

tapi pada hari nie, perkara menyedihkan berlaku (19/11/2008). k.lisa bagitau kakak iparnya pula bersalin tetapi anaknya meninggal. memang mencabar fikiran aku…aku faham perasan tue. yelah 9 bulan bawak tetiba je dia dah takda…luluhnya hati aku bile dengar/ pasti ada hikmah yang akan berlaku.

sesungguhnya tuhan itu amat mengetahui, aku akan dokankan semua bek2 belaka.

kepada budak broadcast, korang da lagi dua paper n lum terlambat aku nak ucapkan good luck. budak journ pun sama yang tinggal 1 paper lagi termasuk aku.nileah final exam aku terakhir kat USIm. kadand2 ku terasa sangat sedih tapi dalam masa yang sama aku gembira sebaba dalam akan dapat segulung ijazah.semoga aku n kawan2 dikurniakan kemudahan dalam menempuhi perjalanan sebagai seorang pelajar.

aku akan sentiasa ingat kat korang dan koranglah kawan2 aku semua. semua kenangan itu akan aku abadikan dalam memori aku.

Saalam semua, apa khabar?

Dah lama rasaye aku tak masuk blog aku nie…aku bizi skit almaklumlah jadi orang penting untuk majalah (saja nak bangga diri). tapi minggu nie memeng memenatkanlah samapi semalam balik kelas nampak katil terus aku terjun kat katil itu, lalu membaringkan diriku ke atas tilam empukku…bestnyer!!!!huiyo!!!!(k, Jangan da yang air liurnya terkeluar k)

Jeng!jeng!Jeng! antara gambar aku yang telah aku hantat asemennya kepada DR. Rahmat Ghazali, Pensyarah sambilan USIM untuk subjek Teknik Fotografi.

Shallow DOF

Shallow DOF

 

Moderate DOF

Moderate DOF

 

Larger DOF

Larger DOF

Tujuan sebenar mengambil gambar seperti ini adalah untuk melihat backgroungnyer yang berbeza-beza, jelas, sederhana dan sgt kabur. terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu dalam menyipakan asemen ini terutamanya Mohd. Al-hafis Zakaria, kepada keluarga di kampung, serta sanak sedara, kepada peminat-peminat (Eh, mala, ko  ingat ko memang award ke?) tak senonoh betul minah nie.

Actually, yang sebenarnye aku nak cerita masa perjalanan aku ngan K. Anne ke kedai gambar untuk mencuci gambar tersebut, nie memang pengalaman yang aku takkan lupakan, “kenangan bersamamu Farihan Noor”, sebelum tue, aku tolong k.an siapkan DOF dia, kitaorg gerak amik gambar kat bangunan canselori tapi  tak dapat lihat kat kamera sebab cahaya yang amat terang benderang.(Yelah, kitaorang ni hebat, orang berpuasa tp kitorang bersidai kat c2 kul 2 ptg). hangus kulit aku, tapi demimu, asemen, aku harungi jua.
Yang penting, lepas semua-semua itu, kitaorang naik motor p Semarak nak cuci gambar, tapi tiba kat traffic light, motor k.an tak leh masuk gear, motor dia mati, terpaksa dia tolak, aku dengan pantasnya turun dari motor tue.
Aku terlupa, k.an letak dompet dia kat belakang dia, dia takut da orang ragut dompet dia, masa tenagah aku turun tue, dompet dia jatuh, kitaorng kelam-kabut, aku jadi cuak.memang terlupa sangat. Sori K.an…
Pada saat te, da hamba Allah terperasaan, dia jerit bagitau dompet jatuh, kitaorg stop n ka.an nak p amik, tapi orang tue sanggup patah balik sebab nak tolong kitaorng….terima kasih banyak2lah bang. Jasamu tak kan ku lupa.
Ya Allah, kalau takda dompet tue, tak bayarlah duit tue kat tokey kedai gambar tue!!! semua dalam tue…nasib bek Hp k.an takde dalam tue….Fuh, kalau tak naya je, HP dia jatuh, menangus lagi kot dia.
Apabila dah siap cuci semua, terjadilah suatu dialog pada aku agak luculah,
Akak:”korang adobe ke gambar nie?’
dengan pantasyer k.an menjawap,
K.an:”takalah, susah wo nak buat!”
Akak:” korang guna kamera ape?”
Dengan bangganyer k.an menjawap,
K.an: “kamera SLR!”
Akak:”ooooooooo!”
Tak patut betul akak tue cakap kita pkai adobe, aku ni dahlah rabun Dr. rahamat suh wat tiga set, sakit mata aku kenyit nak dapatkan gambar terbaik. tapi, ape pun tahniahlah untuk kawan-kawan yang telah menghantarnyer.
Cuma, ape yang aku terkilan kat sini, DSLR kat USIM ni cuma da tiga je, kelakar je rasa, tapi tuk FDSLR da dalam 30 buah….ntahlah buat jelah apae pun. janji kita tak menyusahkan orang lain.
Lastly, nak ucapkan “Hepi Besday kat K. an”. K.an jangan nagis tau!!! (“,).
k. jumpa lagi di rancangan yang a lain.

yani, nurul, ida n imah

Budak rumah:dari kiri:yani, nurul, ida n imah

 

Semalam aku tolong kak ida wat page dia (pelajar tahun akhir komunikasi kena produce majalah “CETUS”). Lepas berbuka puasa di rumah beliau, aku pun pulang ke tempat asal aku (Umah A1-14-3) yang bertempat di Desa Jati, Nilai.

Aku nak ceta sikit pasal budak umah. berbalik kepada majalah yang kitaorng hasilkan dengan kerjasama yang amat baik dengan pelajar FPBU, page yang k.ida n K.Bie kena wat adalah page terakhir yang harus men’interview’ orang awam mengenai sesuatu masalah. namanya juga dikenali sebagai VOXPOX!

Budak umah amat membuatkan diri aku bangga tatkala sebumbung ngan mereka, mereka begitu bersungguh2 ingin menolong aku, aku terharu sangat. mereka menyelesaikan soalan yang aku berikan. yang paling mengelikan hati aku, ada di antara mereka ini yang bersolek setelah selesai sembahyang terawih… sebabnya aku nak tangkap gambar mereka yang bolehlah dikatakan comel n lawa. baik hati mereka.

budak umah cakap aku ni kelakar sebab nak amik gambar diorang nak publish kat majala CETUS ni… beriya-iya mereka tue posing, bagi aku sukati koranglah janji korang bahagia….

terima kasih kepada yang telah memudahkan kerja aku.

Salam semua,

Hidup ini harus diteruskan jua walaupun banyak rintangan yang mendatang, tapi kita hanya makhluk yang tidak kuat untuk menentang kekuasaanNya. Ya Allah, padamu aku bermohon agar Engkau memberi aku kekuatan untuk memberikan aku ketenangan dan kesenangan yang Engkau redai.

Aku berharap sangat aku tak sakit macam ini(sakit pala), sekarang dah start tido tak cukup, keje banyak, tapi lepas aku melihat kawan-kawan aku tersenyum dan bergelak ketawa membuang masalah yang terpendam dalam jiwa, hati aku turut senang. Mereka yang datang dari jauh sanggup berjauhan ngan family demi segulung ijazah membuatkan aku ingin terus bersaing secara sihat dengan mereka. Semoga dengan pengorbanan ini akan membuahkan hasil yang tak terperi.

Sekarang aku nak idea, datanglah engkau wahai idea. semoga kehadiran engkau ini akan membuatkan aku mencapai kejayaan dalam hidup aku.

Antara yang menjadikan aku sakit pala hari ini,

1) Produksi teks- Majalah “Cetus”, tolonglah jangan anda bermasam muka dengan aku, aku ni pun da perasan jugak.

2)Seminar kewartawanan- research, kawan2 yang baik hati tolonglah bersatu-padu, tolong jangan biarkan kami “berseorangan”.

3)Etika & Protokol-aku mohon maaflah andai kata pemahaman aku kurang baik, tapi aku akan membantu sekadar yang mampu.

4) Photojournalism- Dr. Rahmat (pensyarah UiTM & pensyarah sementara USIM), best belajar dengan anda. seronok sangat2! tapi itulah tak siap lagi kerj a yang anda berikan dan datelinenye hampir sangat.

5)Editing & analysis text- ya Allah, tambah lagi satu feature writing, aku nak wat ape nie???tolonglah aku nie….

6) Tesis- aduhai, bila proposal tue aku nak edit.Tuhan! Kami rindukan Ilahm yang akan Engakau berikan padaku. Tolonglah.

kepada rakan-rakan yang sedang tension, janganlah begitu dan senyum selalu.”Nampak berseri-seri” bak kata k.Ida. (“,)

hari nie hari isnin, proposal aku dah diterima cuma aku punya kajian literatur je yang bermasalah, banyak nyaer keje, nak wat magazine, browser, thesis, seminar nak muntah dah aku nie.

ya allah kau bagi aku kekuatan dalam kehidupan aku. nie sem last aku nak garde…cepatlah!!!jeles aku tgok kawan aku dah grade dari ukm… aku jeles apasak aku nie tak grade lagi…aku nak keje pas tue.cita-cita aku nak senangkan hidup mak ayah aku…

cepatlah hidup aku berubah….Ya allah, aku nak siapkan keje aku dulu tata.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.